fbpx

‘EPL membosankan tanpa Liverpool’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) mendakwa kehadiran Liverpool berjaya menyekat penguasaan City dalam saingan domestik. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merasakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) memerlukan kehadiran The Reds untuk mencabar Manchester City bagi mengelak pertandingan itu menjadi terlalu membosankan.

Terdahulu, pengendali City, Pep Guardiola mendakwa semua orang sedang memberikan sokongan kepada Liverpool dan mahu melihat pencabar utama­nya itu memenangi lebih banyak kejuaraan berbanding The Citizens musim ini.

Klopp menyifatkan reaksi itu sebenarnya menggambarkan tekanan sedang dihadapi Guardiola, namun pengendali dari Jerman tersebut tetap merasakan pasukannya berhak untuk mendapat sokongan untuk terus menyekat dominasi City.

“Bayangkan situasinya jika kami tidak berada dekat dengan mereka. Sudah pasti sesi temu bual sekarang ini juga akan jadi membosankan.

“Kami perlu pastikan adanya keterujaan untuk bersaing me­rebut kejuaraan EPL ataupun hanya sekadar memburu tempat ke Liga Juara-Juara.

“Reaksi Guardiola adalah perkara normal. Kami semua merasai tekanan dan kami tidak boleh menafikannya. Namun, saya memilih untuk tidak memikirkannya selepas seri dengan Tottenham Hotspur baru-baru ini,” katanya.

Keputusan seri dengan Spurs membuka jurang tiga mata kepada City tetapi Klopp menegaskan pasukannya tidak akan terus berhenti berjuang dan yakin mampu untuk menjuarai musim ini.

“Saya tinggal di Liverpool dan ramai orang di sini mahu kami menang liga. Saya tidak tahu apa yang dihadapi oleh Pep selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, namun secara jelasnya ia merupakan detik sukar buatnya,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI