fbpx

Shi Yuqi digantung selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHI YUQI dijatuhkan hukuman oleh Persatuan Badminton China kerana tiada semangat kesukanan ketika Piala Thomas 2020. – AFP

BEIJING – Ketiadaan Shi Yuqi dalam skuad China menghadapi Piala Thomas di Bangkok, Thailand ketika ini terjawab selepas Persatuan Badminton China mendedahkan bekas pemain No.2 dunia itu sedang menjalani penggantungan setahun.

Terdahulu, bekas pemenang pingat emas perseorangan lelaki Sukan Olimpik Remaja itu dikatakan sedang menjalani proses pemulihan kecederaan selepas tidak menyertai latihan pusat skuad badminton China.

Bagaimanapun, ketua jurulatih China, Zhang Jun menjelaskan, anak buahnya itu digantung oleh persatuan selama setahun gara-gara tidak menunjukkan semangat kesukanan ketika beraksi di separuh akhir Piala Thomas 2020 tahun lalu.

Pada perlawanan tersebut, Shi Yuqi menyebabkan skuad badminton China mendapat malu besar apabila menarik diri di mata akhir set kedua ketika berdepan pemain Jepun, Kento Momota selepas dia ketika itu ketinggalan 20-22, 5-20.

“Shi Yuqi menunjukkan sikap yang tidak matang dan memalukan pada separuh akhir Piala Thomas tahun lalu. Dia menarik diri pada mata akhir dan langsung tidak bertanggungjawab mengenai tindakannya itu.

“Kami sudah menghukumnya secara dalaman dan dia tidak akan menyertai mana-mana kejohanan selama setahun. Oleh sebab itu, namanya tidak berada dalam skuad Piala Thomas kali ini,” kata Zhang Jun.

Pada masa sama, beliau juga percaya hukuman yang diberikan mampu membuatkan Shi Yuqi matang dan boleh menampilkan aksi lebih baik apabila kembali semula ke gelanggang selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI