fbpx

Peluang Liverpool masih lagi terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ (depan) menyelamatkan nasib Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mencatat keputusan seri 1-1 dengan Spurs di Anfield awal pagi semalam. – LFC

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kekal tenang dan tidak mahu para pemainnya terlalu meratapi keputusan seri 1-1 ketika menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Walaupun keputusan itu dilihat merosakkan misi The Reds untuk menekan pendahulu liga, Manchester City, namun Klopp tetap menegaskan anak-anak buahnya masih lagi dalam situasi positif untuk berjuang hingga ke perlawanan terakhir.

Situasi itu menyebabkan kebanyakan pemerhati bola sepak mula beranggapan penentuan kejuaraan EPL musim ini bakal ditentukan dalam aksi Liverpool menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi Rabu nanti.

“Pertama sekali, saya be­ritahu kepada pemain-pemain supaya berhenti berkelakuan seperti menghadiri majlis pengebumian. Dalam hidup saya masih banyak perkara le­bih buruk yang berlaku.

“Masalah saya sekarang adalah bukan pertemuan antara City dan Newcastle United tetapi aksi yang dijangka sukar apabila kami menentang Villa nanti. Kami akan ke sana (Villa Park) dengan misi melakukan sehabis baik untuk mengutip tiga mata.

“Saya tiada masalah jika pemain berada dalam situasi kesedihan, namun satu-satunya cara kami perlu lakukan adalah bangkit mengembalikan kemenangan,” kata Klopp.

Dalam masa sama, Klopp meluahkan rasa kesal terhadap pendekatan permainan diterapkan pengendali Spurs, Antonio Conte yang lebih gemar bertahan dan hanya melakukan tiga percubaan tepat sepanjang aksi itu.

Sebagai rekod, Spurs membuka jaringan menerusi Son Heung-min (m-56) sebelum Luis Diaz memastikan satu mata buat Liverpool dengan gol penyamaan pada minit ke-74. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI