fbpx

[VIDEO]Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syawalludin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KAJANG – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada malam Aidilfitri di sebuah rumah Ahad minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Syawalludin Ismail, 38, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Siti Nadirah Mohd. Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya di sini antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu (2022).

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Berita berkaitan: Derita ibu muda jadi mangsa dera berakhir

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan tidak berpuas hati isteri dakwa curang, menjadi punca seorang lelaki membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah flat sekitar Cheras, di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI