fbpx

Malaysia tersingkir daripada Piala Uber 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pearly Tan-M. Thinaah menyumbang mata tunggal buat Malaysia ketika tewas 1-4 kepada Thailand pada aksi Kumpulan C saingan Piala Uber di Impact Arena.- Badminton Photo

PETALING JAYA – Skuad badminton wanita negara boleh melupakan saingan Piala Uber 2022 di Bangkok, Thailand lebih awal selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 1-4 sebentar tadi.

Meskipun masih memiliki baki satu perlawanan menentang Mesir esok, namun kekalahan itu memastikan Malaysia tersingkir daripada saingan apabila turut tewas 2-3 kepada Denmark semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung di Impact Arena itu, bekas perseorangan wanita No.1 negara, Goh Jin Wei memberikan tentangan hebat kepada Ratchanok Intanon sebelum tewas menerusi aksi tiga set 21-14, 14-21, 15-21.

Bagaimanapun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi beregu, Pearly Tan-M. Thinaah yang beraksi lebih sejam sebelum menang 16-21, 21-19, 21-17 ke atas Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Myisha Mohd. Khairul yang turun dalam aksi perseorangan kedua, mengintai peluang untuk melakar kejutan ke atas pemain No.10 dunia, Pornpawee Chochuwong, namun gagal melakukannya apabila tewas 20-22, 10-21, sekali gus membolehkan Thailand mendahului 2-1.

Kemudian, beregu kedua negara, Teoh Mei Xing-Valeree Siow juga menerima nasib sama apabila tewas mudah 9-21, 14-21 kepada beregu No.3 Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Hasrat perseorangan ketiga negara, Tan Zhing Yi untuk sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan juga tidak dapat direalisasikan apabila akur dengan kekalahan 19-21, 6-21 kepada Busanan Ongbamrungphan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI