fbpx

Stok susu formula bayi di AS semakin susut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKURANGAN susu formula bayi yang disebabkan oleh isu rantaian bekalan dan penarikan semula sesetengah jenama susu. - CBS Austin

WASHINGTON – Gangguan bekalan makanan dan produk global kini memberi kesan semakin serius kepada ketersediaan susu formula bayi di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International, kelmarin.

Kira-kira 40 peratus daripada produk susu formula bayi terlaris di pasaran telah kehabisan stok pada minggu yang berakhir pada 24 April di AS.

“Kami telah trend kekurangan stok ini dari masa ke semasa dan peratusannya meningkat dengan mendadak.

“Keadaan ini dipengaruhi oleh pasaran ekonomi dunia yang semakin terjejas dan tidak stabil,” Ketua Pegawai Eksekutif Datasembly, Ben Reich.

Negeri seperti Iowa, Dakota Selatan dan Dakota Utara mengalami kekurangan 50 peratus atau lebih, Missouri pada tahap 52 peratus, Texas dengan 53 peratus dan Tennessee pula mencatat pengurangan 54 peratus.

Antara 40 hingga 50 peratus produk susu formula bayi sudah kehabisan stok di 26 negeri.

“Kami mula mendapati sukar untuk mencari stok susu formula bayi mungkin beberapa bulan lalu dan baru-baru ini, kami langsung tidak dapat menemuinya.

“Kami telah mencuba semua sasaran tempatan. Kami menyemak Costco, Costco Online, Walgreens, Long’s. Semuanya tiada stok tersedia,” kata penduduk San Francisco, Irene Anhoeck.

Tiga perempat daripada bayi di AS diberikan beberapa produk susu formula dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan mereka, jadi situasi ini memberi kesan kepada banyak keluarga.

Isu utama ketiadaan stok susu formula adalah masalah mendapatkan bahan utama, masalah pembungkusan, kekurangan tenaga kerja dan penarikan semula formula pada awal tahun ini disebabkan penemuan terbaharu oleh saintis.

Menurut penemuan tersebut, botol bayi mengeluarkan mikroplastik apabila ia dicampurkan dengan susu formula. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI