fbpx

Pasangan kekasih lakukan perbuatan tidak senonoh di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario sepasang kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh di jalan raya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sepasang kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menaiki sebuah trak pikap di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @kabarnegri.

Rakaman menunjukkan bahagian belakang sebuah trak pikap yang penuh dengan penumpang sedang dipandu perlahan akibat kesesakan lalu lintas.

Kelihatan sepasang kekasih sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak awam. Wanita itu duduk menghadap jalan raya dengan kakinya berjuntai ke luar trak.

Seorang lelaki yang duduk menghadap ke dalam trak dilihat memasukkan tangannya ke dalam baju wanita tersebut. 

Wanita itu memandang ke kiri dan kanan di sekitar jalan raya ketika mereka melakukan perbuatan tidak senonoh itu. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tahniah anda ditularkan dan mendapat malu seumur hidup,’’ tulis seorang netizen.

“Ramai orang di jalan, ini adalah perbuatan yang sangat memalukan. Ada kenderaan lain di belakang, adakah anda seorang yang sangat muka tembok?’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI