fbpx

Anjing dikhuatiri sebar hepatitis akut misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITAIN merekodkan penambahan 18 kanak-kanak yang dijangkiti hepatitis akut, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit di negara itu seramai 163 orang. - Getty Images

LONDON – Pakar-pakar kesihatan sedang menjalankan kajian sama ada anjing peliharaan menjadi punca kepada penularan wabak hepatitis akut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian ini susulan penambahan 18 lagi kanak-kanak di Britain diserang penyakit misteri itu.

Pakar kesihatan mendakwa peningkatan bilangan kanak-kanak yang dijangkiti, berumur 10 tahun ke bawah datang daripada keluarga yang memelihara atau pernah terdedah kepada anjing.

Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) telah ditugaskan untuk menyelidik berpuluh-puluh kanak-kanak yang menghidap penyakit hati luar biasa.

Pegawai-pegawai kesihatan bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana anjing berpotensi untuk dipersalahkan.

Mereka berkata, perkaitannya tidak meyakinkan memandangkan pemilikan anjing di Britain adalah perkara biasa. 

Hampir 300 kes telah dikesan di seluruh dunia dengan satu kematian telah disahkan manakala empat yang lain masih dalam siasatan.  Setakat ini, tiada kematian dicatatkan di Britain.

Saintis masih buntu dalam mencari penyebab kepada penyakit itu dengan virus hepatitis A, B, C, D dan E yang biasa dikecualikan daripada keputusan ujian makmal.

Ketua kesihatan percaya puncanya berkemungkinan adalah adenovirus. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan kerana gejala yang dialami pesakit kebiasaannya adalah demam dan radang usus.

Dua strain adenovirus diketahui telah menjangkiti anjing termasuk satu daripadanya yang menyebabkan hepatitis berjangkit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI