fbpx

Tiga pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) semasa meninjau pembukaan sempadan darat Malaysia-Thailand di ICQS Rantau Panjang hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Tiga pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor di sini dibuka secara rasmi bermula hari ini selepas ditutup selama lebih dua tahun.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sehubungan itu, pihaknya akan memperketatkan kawalan sempadan darat Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha mengekang kemasukan rakyat negara jiran menggunakan laluan haram.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ada pihak yang akan mengambil kesempatan disebalik pembukaan ketiga-tiga pintu ICQS di Rantau Panjang, Bukit Bunga (Jeli) dan Pengkalan Kubor (Tumpat).

“Oleh itu, semua agensi dibawah polis seperti Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diarahkan untuk memperkemaskan lagi kawalan sempadan.

“Selain rondaan runtin di sempadan, kita akan memperketatkan lagi pemeriksaan di semua sekatan jalan raya (SJR) bagi mengekang aktiviti ini. Unit rondaan kereta polis (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) akan turut digerakkan bagi memastikan sempadan negara sentiasa ketat,” katanya selepas turun padang melakukan tinjauan di ICQS Rantau Panjang sempena pembukaan sempadan darat Malaysia-Thailand di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI