fbpx

Pemandu Toyota Alphard bebas dijamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman sejak Isnin lalu dijamin polis semalam.

PETALING JAYA – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, suspek telah dibebaskan semalam selepas selesai proses mengambil keterangan.

“Sebelum ini, suspek telah direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azman, tindakan lanjut akan diambil pegawai penyiasat JSPT sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pemandu Toyota Alphard yang tular di laman sosial dipercayai membuli pengguna jalan raya lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak telah ditahan reman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI