fbpx

KPJ Healthcare akan teliti semula perniagaan semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan terus melaksanakan  perancangan strategi bagi memastikan prestasi mampan Kumpulan berdasarkan keputusan kewangannya yang kukuh bagi tahun kewangan 2021 (TK2021).

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pertumbuhan Kumpulan tertumpu kepada peluang berpotensi tinggi dalam mengoptimumkan operasi perniagaan dan pelaburan inovatif.

Menurutnya, ia akan dipacu oleh pecutan transformasi digital dan penyelesaian teknologinya yang akan dibangunkan untuk mencipta nilai kepada pesakit, pemegang saham dan pemegang kepentingan utama yang lain.

“KPJ Healthcare mempunyai reputasi baik dalam menyampaikan rawatan kesihatan, penjagaan dan diagnosis yang canggih di negara ini dan untuk terus kekal relevan, kita mesti terus mengubah dan memperbaharui fokus kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya kepada semua warga kerja yang dikongsikan pada hari ke-30 beliau menerajui Kumpulan.

Mohd. Shukrie menerangkan, selain daripada mengoptimumkan proses dalaman dan penyampaian penjagaan kesihatan, Kumpulan akan  meneliti semula perniagaan semasa dan portfolio pelaburan kami di dalam dan luar negara.

“Adalah penting juga untuk mengenal pasti peluang perniagaan baharu untuk pertumbuhan dan mengukuhkan kepercayaan antara pemegang saham dan pemegang kepentingan kami,” ujarnya.

Tambah beliau, Kumpulan juga  menaik taraf Sistem Maklumat Hospital untuk memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pesakit sambil meningkatkan keselamatan dan kecekapan pesakit.

“Kesan pandemik terhadap perniagaan kami di rantau ini selama dua tahun yang lalu ini telah dikaji dengan teliti dan memberi peluang kepada kami untuk menimba pengetahuan baharu menganalisis data yang tepat dengan lebih mendalam agar terus cekap dan responsif,” jelasnya.

KPJ Healthcare  sedang giat menjalankan tinjauan strategik terhadap unit-unit perniagaan dan struktur korporatnya yang juga sebahagian daripada tindakan proaktif Kumpulan untuk memacu penjimatan kos dan meningkatkan kecekapan merentasi semua bahagian perniagaannya.

Usaha yang dilaksanakan termasuklah mengkaji data prestasi Kumpulan untuk mengoptimumkan kos dan sumber-sumbernya, kecemerlangan operasi dan inisiatif penambahbaikan yang berterusan yang akan membolehkan KPJ Healthcare melabur dalam peluang-peluang yang memberikan pulangan yang berterusan bagi merangsangpertumbuhan masa depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI