fbpx

Individu bujang perlu ada RM2,570 untuk hidup bermaruah di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Info grafik perbelanjaan individu bujang yang dikongsi oleh KWSP.

PETALING JAYA – Peningkatan harga barang ketika ini menyebabkan kos sara hidup juga meningkat terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

Selain itu, individu bujang berkereta khususnya sering dibelenggu dengan masalah gaji rendah, pendapatan bulanan terhad dan perbelanjaan asas yang tidak mencukupi sehingga memberi bebanan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi perkongsian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia memberi panduan mengenai jumlah pendapatan minimum yang perlu dimiliki oleh seorang individu bujang untuk hidup dengan bermaruah di ibu kota.

Jelasnya, individu bujang yang mempunyai sebuah kenderaan dan tinggal di Lembah Klang memerlukan sekurang-kurangnya RM2,570 sebulan pada tahun 2021 bagi menampung perbelanjaan kehidupan mereka.

“Penyelidik daripada Pusat Kajian Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya dengan kerjasama KWSP telah mengambil kira beberapa faktor perbelanjaan isi rumah seperti makanan, perumahan, utiliti, pengangkutan, kesihatan, tabungan dan lain-lain.

“Beberapa kaedah digunakan oleh pihak penyelidik untuk mendapatkan anggaran perbelanjaan yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut Laporan Belanjawanku, bagi pasangan suami isteri tanpa anak, anggaran kos yang diperlukan untuk hidup bermaruah di Lembah Klang adalah sekitar RM4,590 sebulan.

“Manakala bagi pasangan suami isteri dengan seorang anak, isi rumah dijangka memerlukan sekitar RM5,510 sebulan untuk hidup dalam keadaan yang bermaruah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI