fbpx

Polis kenal pasti dua lagi suspek kes lelaki ditembak pada dahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan pada dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, dua suspek yang telah dikenal pasti polis itu masing-masing merupakan lelaki berusia 40-an dan 50-an.

“Usaha mengesan dan menahan dua suspek ini sedang giat dilaksanakan, manakala seorang suspek yang ditahan semalam telah diperolehi reman bermula 4 hingga 9 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an ditemui dengan kesan tembakan pada dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 7 malam semalam, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan lelakinya.

Mereka dipercayai datang dari Johor dan polis bertindak menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Noor Delhan berkata, polis belum menemui senjata yang digunakan dalam kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Pihak polis meminta mana-mana pihak mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Di talian 03-2600 2222 atau hadir di balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI