fbpx

Bapa maut ditanduk lembu jantan dalam festival di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSCAR Calleja disahkan meninggal dunia selepas ditanduk oleh seekor lembu jantan. – CEN

MADRID – Seorang lelaki dilaporkan maut dalam keadaan tragis selepas diserang seekor lembu jantan di hadapan keluarganya ketika mereka menghadiri sebuah festival tempatan di Sepanyol kelmarin, lapor akhbar Daily Star.

Oscar Rodriguez Calleja, 50, diserang pada pangkal pahanya oleh lembu itu di hadapan isteri dan dua anaknya. 

Rakaman kejadian menunjukkan lembu jantan itu menanduk dan melambung mangsa ke udara.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke hospital manakala keluarganya mengalami trauma.

Kejadian tersebut berlaku di bandar La Seca. 

Lembu jantan bernama Rodillero itu menyerang Calleja selepas ia dilepaskan ke jalan raya sebagai sebahagian daripada acara Fiesta del Verdejo.

Calleja yang bekerja sebagai peternak anjing baka Greyhound, berada di hadapan penghadang sementara pengunjung lain di belakang untuk melindungi diri mereka.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Medina del Campo untuk menjalani pembedahan.

Acara itu digantung serta merta oleh Majlis Perbandaran La Seca . – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI