fbpx

463 kawasan alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan LUAS sedang menghidu bau air di muka sauk LRA Sungai Semenyih tengah hari tadi.

SHAH ALAM – Sebanyak 463 kawasan di lima buah wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, henti tugas itu akibat pencemaran bau di muka sauk LRA itu yang dikesan Lembaga Urus Air Selangor kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, lima daerah terlibat adalah Petaling dengan 172 kawasan, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).

“Bagaimanapun, LRA Sungai Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan selepas bacaan pencemaran bau telah berada pada tahap 0 ton pukul 4 petang tadi.

“Bekalan air bersih dan terawat dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna bermula pukul 12.30 tengah malam, 1 Mei ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Air Selangor, bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI