fbpx

Tular video TikTok Acap tertidur di kaki lima jual kerepek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

MELAKA – Klip video seorang kanak-kanak yang dilaporkan menjual kerepek sehingga tertidur di kaki lima sebuah restoran di Limbongan di sini, tular di media sosial sejak pagi tadi.

Klip berdurasi 39 saat itu dimuat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @danielalii memaparkan dengan jelas muka kanak-kanak tersebut yang kenali sebagai Acap tertidur di kaki lima sambil membawa sebakul kerepek.

Seorang wanita turut dilihat turun dari sebuah kenderaan yang sedang menunggu untuk pembelian pandu-lalu bagi memberikan sumbangan sambil mengejut kanak-kanak tersebut.

Klip video tersebut tular melalui akaun @danielalii dengan jumlah tontonan seramai 2.6 juta sebelum dua lagi klip video berkaitan Acap dimuatnaik yang kemudiannya dan ditonton lebih setengah juta pengguna.

Dalam sebuah lagi klip video berdurasi 43 saat, pengguna akaun itu turut berjumpa dengan seorang wanita dipercayai ibu kepada Acap yang mendakwa dia membawa kesemua enam anaknya untuk menjual kerepek pada cuti sekolah.

“Kita meniaga sini, rumah kita dekat Johor sebenarnya, lepas tu bapa dia dah tak ada jadi kita bawa dirilah dengan anak.

“Anak kita enam orang, kita bawalah diri cuti sekolah ni kan, semua sekolah,” kata wanita tersebut.

Seorang pemuda turut dilihat menyampaikan sumbangan kepada Acap dalam sebuah klip video berasingan.

“InsyaAllah kalau ada kelapangan lagi kita akan open untuk bank-in lah, kalau kitaorang jumpa dia lagi kita boleh teruskan bantuan dekat adik Acap ni, nanti apa-apa info kitaorang akan bagitahu dekat akaun ini,” kata seorang lelaki dalam klip tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI