fbpx

RCI Tabung Haji sudah panggil 43 saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PUTRAJAYA – Setelah lepas tiga bulan dibentuk, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi isu Tabung Haji sudah pun berjaya memanggil 43 orang saksi untuk dirakamkan keterangan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan di sini hari ini.

“Sehingga 26 April 2022, RCI juga telah mengenal pasti dan memanggil pelbagai agensi yang boleh membantu siasatan bagi mendapatkan gambaran dan situasi berkaitan,” katanya.

RCI itu ditubuhkan pada 19 Januari lalu setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Ia diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif dengan lima ahli termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman yang dilantik pada 21 Januari.

Pembentukan RCI tersebut dipersetujui Kabinet pada 14 Julai 2021 bagi menyiasat isu yang berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Tabung Haji dari 2014 sehingga 2020 lalu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, setakat kelmarin, RCI berkenaan sudah mengadakan mesyuarat mereka sebanyak tiga kali dengan yang pertama berlangsung pada 26 Januari lepas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI