fbpx

Bekalan ayam, keperluan Aidilfitri dijamin cukup di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridzuan (kiri) memeriksa harga daging di sebuh gerai daging di Pasar Awam Bayan Baru di George Town hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Bekalan ayam, daging dan barangan keperluan lain untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijamin mencukupi di Pulau Pinang.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar juga memaklumkan harga ayam serta barangan keperluan lain turut stabil dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh para peniaga.

“Setakat ini pihak kami tidak menerima aduan daripada pengguna mengenai kekurangan bekalan ayam atau harga ayam yang dijual melebihi harga ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram.

”Bekalan juga dijamin cukup sepanjang musim perayaan ini walaupun kita jangka akan berlaku permintaan tinggi terhadap barang mentah kerana ramai yang pulang ke kampung untuk beraya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain di Pasar Bayan Baru di sini.

Menurut Ridzuan lagi, pelaksanaan SHMMP yang bermula 26 April hingga 6 Mei depan adalah bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang dipatuhi seperti yang ditetapkan sepanjang tempoh SHMMP berkuatkuasa.

Menerusi pelaksanaan SHMPP tahun ini, sebanyak 19 jenis barangan diwartakan terdiri daripada daging, hasil laut, sayur, barang kering dan kelapa.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan menambah, pihaknya telah memeriksa sebanyak 18,971 di negeri ini sejak Januari hingga semalam dengan 355 kes dihasilkan.

”Nilai kompaun daripada keseluruhan kes ialah RM88,100, manakala nilai rampasan pula adalah RM263,038,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI