fbpx

300,000 warga Indonesia masuk Malaysia selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hermono (kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan warga Indonesia yang mahu membeli tiket untuk pulang di Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kedutaan Besar Indonesia menjangka seramai lebih 300,000 rakyat negara itu akan memasuki negara ini selepas tamat sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Petahana Hermono berkata, hal itu kerana jumlah tersebut adalah anggaran warganegara Indonesia yang pulang ke tanah air mereka sepanjang tempoh penutupan sempadan antarabangsa Malaysia, sebelum ini.

Menurut beliau, jumlah itu juga dijangka akan bertambah mengikut kepada permintaan pasaran pekerjaan Malaysia yang sedang mengalami kekurangan tenaga kerja asing ketika ini.

“Kita anggarkan selepas tempoh perayaan Aidilfitri ini, sekurang-kurangnya 300,000 warga Indonesia akan memasuki Malaysia secara berperingkat bagi mengisi kekosongan pekerjaan ketika ini.

“Sehubungan itu, kita menasihati semua rakyat Indonesia untuk menggunakan saluran yang betul dan bukan berhijrah ke negara ini sebagai PATI (pendatang asing tanpa izin),” katanya kepada pemberita selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, di sini hari ini.

Tambahnya, peringatan itu harus diberikan kerana masih ramai pihak yang merisikokan keselamatan diri mereka dengan menaiki bot-bot kecil dan menggunakan laluan tikus untuk ke negara ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kesemua penerbangan dan juga perkhidmatan feri dari Malaysia menuju ke Indonesia penuh ketika ini dengan majoritinya pulang bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI