fbpx

Duit simpanan RM80,000 lesap angkara Macau scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Seorang kontraktor berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM80,000 lesap gara-gara panik dengan helah Macau Scam.

Mangsa yang berusia 75 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pengawai penguatkuasa pada 21 April lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, sindiket memaklumkan mangsa terlibat dengan kegiatan pengubah wang haram dan pengedaran dadah serta satu waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mangsa.

“Panik dengan dakwaan itu, tanpa menyiasat terlebih dahulu, mangsa telah menyerahkan maklumat diri dan juga maklumat perbankan bagi tujuan siasatan tanpa sebarang persoalan atau keraguan.

“Mangsa juga telah menyerahkan maklumat akuan bank sebagaimana diarahkan dan hanya menyedari telah ditipu setelah menyemak baki akaun mendapati terdapat tiga kali pindahan wang dilakukan oleh sindiket tersebut,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, kerugian dialami mangsa berjumlah RM80,000 dan mangsa membuat laporan polis semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI