fbpx

Wanita hampir serah gelang emas kepada orang tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang wanita hampir memberi gelang emas secara rela akibat dipukau kepada orang tidak dikenali semasa sedang leka membeli kelengkapan raya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi Khairunnisa Hamzah di Facebooknya berkata, ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli belah di saat membuat persiapan raya.

“Saya ingat lagi masa suami dan keluarga yang lain hendak solat maghrib di sebuah pusat beli-belah. Masa itu saya jaga anak-anak terlebih dahulu, kami duduk di lantai menghadap pemandangan tingkat bawah. Ada seorang wanita di sebelah saya. Asyik senyum-senyum.

“Kemudian, yang saya ingat, dia kata ‘design’ gelang saya cantik. Dia tak pernah tengok. Padahal tu ‘design’ biasa yang ramai orang pakai. Suami dia pun sandar pada dia dan sama melihat gelang tersebut,” tulisnya.

Tmabahnya, selepas disapa oleh wanita tidak dikenali itu, dia seakan dipukau sebelum ditepuk di bahu oleh anaknya untuk segera mengerjakan solat.

“Masa ni saya terpandang tangan sendiri sedang buka cangkuk gelang. Allahuakbar.

“Sedangkan selama pakai gelang, tak pernah saya buka buka. Dah kenapa depan orang tidak dikenali saya nak buka seolah nak serah kepada mereka,” ujarnya.

Katanya, selepas dia sedar, wanita tersebut dan suaminya terus bangun dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Jelasnya, dia berharap orang ramai ambil iktibar akan kejadian yang menimpa dirinya dan sentiasa peka serta hati-hati dengan persekitaran.

“Saya rasa saya patut ceritakan sebab takut ramai yang keluar pergi beli-belah dan terlepas pandang hal begini.

“Saya tulis ini untuk ingatkan saya sendiri juga. Allahuakbar. Hati-hati,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI