fbpx

Jakim mahu video muzik raya usahawan dikeluarkan dari media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan merujuk isu video muzik hari raya kontroversi yang menampilkan usahawan terkenal kepada pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan Jakim untuk meneliti perkara itu sebelum di bawa kepada pihak berkenaan.

Pada masa sama, katanya, beliau juga mahu video klip itu dikeluarkan daripada disiarkan dimana-mana platform media sosial.

“Nasihat saya agar klip video seumpama ini di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ianya boleh di‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi sahaja.

“Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada Jakim untuk dibawa ke pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, jika ada peluang, beliau mahu berjumpa sendirindengan usahawan berkenaan sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam.

Idris berkata, beliau terpanggil untuk mengulas isu ini kerana khuatir ia akan menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar mengejar 10 malam terakhir Ramadan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI