fbpx

Berang anak ditampar, bapa cederakan murid tahun tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera pada bahagian kepala dipercayai akibat diserang bapa rakan sekelasnya semalam.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara berang anak ditampar rakan sekelas, seorang lelaki tergamak mencederakan seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Chendering di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berkenaan cedera ringan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sebelum kejadian, mangsa dan anak lelaki itu dikatakan bermain sebelum berlaku perselisihan faham.

“Rakan sekelas mangsa kemudianya mengadu dia telah ditampar kepada bapa yang tiba untuk mengambilnya tidak lama kemudian.

“Mendengar aduan anaknya, lelaki itu naik berang lalu mencekik sebelum menghempas mangsa ke tanah sehingga menyebabkan kepala kanak-kanak itu mengalami luka dipercayai akibat terkena batu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Chendering di sini.

Tambah beliau, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI