fbpx

Manisnya Daiyan Trisha berhijab, netizen doakan istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

PERKONGSIAN Daiyan Trisha sepanjang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini meraih banyak pujian, terutama penampilannya yang manis berhijab.

Namun, seperti biasalah, jika sudah melangkah kaki ke sana, pasti ada yang mula menitipkan doa agar penyanyi lagu Penat itu berhijab dan tidak lagi kembali dengan imej seksi seperti sebelum ini.

Lebih membuatkan ramai teruja untuk melihat Daiyan berhijab sepenuhnya ialah apabila dia muncul dengan imej berselendang manis dalam beberapa perkongsian Instagram.

Bagaimanapun, Daiyan sendiri tidak pernah mengumumkan dia bakal muncul dengan imej sebegitu selepas ini.

Mungkin juga sekadar menghormati statusnya yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci atau sempena Ramadan.

Harap setiap doa mengenai perubahan imej yang diberikan kepadanya termakbul. Orang kata, berdoa pada bulan Ramadan sangat mustajab.

Jika bertudung pun apa salahnya, tambah lagi Daiyan pasti akan lebih jelita. Apa pun, semuanya bergantung kepada si empunya badan.

DIVA: Cemburu sungguh lihat ramai selebriti tanah air mengerjakan umrah. Bila agaknya giliran kita semua akan dijemput untuk ke sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI