fbpx

Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 1 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses cerapan anak bulan Hilal Ramadan 1443H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang Ahad, 1 Mei 2022 bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, ketetapan itu dibuat bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

“Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada malam itu juga melalui radio dan televisyen,” katanya.

Sehubungan itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal melibatkan 29 lokasi di seluruh Malaysia.

Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan

8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

17. Krai, Kelantan

18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

19. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

20. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

21. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

22. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

23. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

24. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

26. Pusat Falak Miri, Sarawak

27. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

28. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

29. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI