fbpx

Plat kereta SYG, curahan hati Zul Ariffin buat Gayatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gayatri dan Zul Ariffin

BENTONG – Penerbit, Gaya­tri Su-Lin Pillai menyifatkan nombor plat kenderaan mewah yang dihadiahkan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang tertera huruf ‘SYG’ beserta empat nombor sangat istimewa sehingga mencetuskan tanda tanya netizen.

Gayatri ketika diminta me­ngulas mengenai makna dise­balik nombor plat berkenaan meminta pertanyaan itu disua­rakan pada aktor lelaki itu.

“Itu hanya nombor plat tetapi cantik kan? Jika menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor itu membawa maksud panjang umur.

“Lebih baik semua itu tanya pada Zul sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar filem Bunga dan Kayu di The Chateu, Bukit Tinggi, Pahang kelmarin.

Berita berkaitan: Kejutan Zul Ariffin, hadiahkan kereta mewah buat Gayatri

Tambah Gayatri, dia juga tidak pasti Zul menghadiahkan kereta utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover tersebut kepada­nya sempena apa.

“Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul, saya terima saja.

“Saya tidak tanya pun ­hadiah tersebut sempena apa. Takkan saya nak tanya dia, kenapa beri hadiah? Mungkin untuk ulang tahun kelahiran sebelum ini. Memang terkejut,” katanya.

Pada masa sama, Gayatri enggan mengulas mengenai hubungan baiknya dengan pelakon filem Sangkar itu.

“Sejujurnya, saya ini seorang produser dan cerita mengenai saya tidaklah menarik.

“Sudah 10 tahun mengenali Zul, macam-macam spekulasi dan hinaan diterima. Biarlah orang membuat andaian, jika ada, adalah (jodoh),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI