fbpx

[VIDEO] Pencari daun palas tersesat tujuh jam dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (dua dari kiri) dan Tuan Rodiah (dua dari kanan) ditemui dalam keadaan keletihan selepas tersesat lebih tujuh jam di Hutan Hulu Kekabu, Setiu hari ini.

SETIU – Sepasang suami isteri cemas tersesat lebih tujuh jam sewaktu mencari daun palas di Hutan Hulu Kekabu di sini semalam.

Kedua-dua mangsa iaitu Musa Sulaiman, 60, dan isterinya, Tuan Rodiah Tuan Soh, 50, akhirnya berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan lemah di dalam hutan berkenaan pada pukul 1.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pasangan suami isteri itu yang berasal dari Kampung Padang Serai, Guntung Luar di sini telah memasuki sebuah kawasan kebun kelapa sawit pada pukul 9 pagi.

Beliau berkata, mereka dikatakan mahu mencari daun palas sebagai jualan sarung ketupat untuk musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Begitupun, kedua-dua mangsa telah termasuk ke dalam Hutan Hulu Kekabu berhampiran sehingga tidak menemui jalan keluar.

“Salah seorang mangsa (Tuan Rodiah) telah menghubungi ibu tirinya (Azizah Wahab, 64) untuk meminta bantuan pada pukul 6.30 petang semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, usaha mencari dan menyelamat yang bermula pada pukul 8.20 malam berjaya menemukan kedua-dua mangsa hampir lima jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI