fbpx

Nora Danish berpeluk tetapi tiada nafsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH mengulas isu gambar berpelukan dengan Aziz M. Osman dan Beego yang baru-baru ini dikecam hebat.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Nora Danish malas untuk melayan segala komen daripada netizen berbaur kecaman terutama berkaitan video berpelukan bersama pelakon lelaki sitkom Puteri yang dikongsinya baru-baru ini.

Menurut Nora, 39, aksi dia memeluk pelakon, Beego dan pengarah terkenal, Aziz M.Osman tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana kedua-dia lelaki tersebut sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Jika nak cakap tentang foto saya memeluk Beego dan Aziz, perkara tersebut tidak seharunya dijadikan isu kerana saya sudah menganggap mereka seperti abang dan bapa sendiri.

“Saya peluk pun tiada nafsu, jika mereka melihat foto tersebut dengan pandangan lain, merekalah yang bernafsu sebenarnya,” katanya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif itu mengulas isu tersebut pada sidang media virtual sitkom Puteri Reunion semalam.

Katanya, dia lebih selesa untuk membiarkan sahaja segala kata-kata negatif, terutama daripada individu yang tidak mengenali dirinya secara peribadi.

“Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Itu mungkin cara saya menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

“Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kecaman yang dilemparkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia yang pernah membintangi drama Bougainvillea itu menjelaskan sudah mempersiapkan dirinya terutama daripada aspek mental sebelum memuat baik sebarang kandungan dalam media sosial.

“Apa sahaja yang dikongsi dalam media sosial, memang saya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko.

“Namun, jika saya ada terlepas pandang sesuatu perkara, saya terbuka untuk menerima teguran daripada suami dan ahli keluarga lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, video Nora berpelukan bersama Beego dan Aziz yang dimuat naik dalam Instagram meraih banyak kecaman daripada umum.

Rata-rata netizen menegur agar Nora menjaga batas dalam hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI