fbpx

Perubahan iklim punca populasi serangga makin pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Populasi serangga semakin berkurangan disebabkan perubahan iklim bumi dan perbuatan manusia. - Pixabay

LONDON – Satu kajian baharu mendapati perubahan iklim dan aktiviti pertanian mengancam kepelbagaian biologi serangga dan mengurangkan populasi serangga di sesetengah tempat sehingga separuh, lapor agensi berita United Press International.

Kajian diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature itu mendapati peningkatan suhu dan perubahan tentang cara tanah digunakan, mempunyai kaitan dengan penurunan populasi serangga  di seluruh dunia.

Dalam kajian tersebut, pasukan saintis dari Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar Universiti College London (UCL)  menganalisis hampir 20,000 spesies serangga di seluruh dunia.

Mereka mendapati bahawa kawasan pertanian intensiti tinggi dan rantau beriklim panas mempunyai bilangan serangga 49 peratus lebih rendah berbanding habitat  tanpa perubahan iklim.

Populasi serangga dalam ekosistem tropika paling teruk terjejas disebabkan perbuatan manusia.

“Kehilangan populasi serangga boleh membahayakan bukan sahaja persekitaran semula jadi, di mana serangga memainkan peranan penting dalam ekosistem tetapi juga boleh membahayakan kesihatan manusia dan keselamatan makanan kerana ketiadaan pendebunga seperti lebah,” kata penulis kajian itu, Dr. Charlie Outhwaite.

Sementara itu, pengarang kanan kajian, Dr. Tim Newbold berkata, kemudaratan alam sekitar akibat pertanian intensiti tinggi memberikan cabaran yang sukar kerana permintaan makanan  semakin meningkat berikutan pertambahan penduduk dunia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI