fbpx

Dakwaan tidak berasas : Hakim Mohd. Nazlan lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazlan.

PUTRAJAYA- Satu laporan polis telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali hari ini bagi menafikan tuduhan yang dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin dalam satu artikel tulisannya semalam.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman Putrajaya berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

“Pejabat ini merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin bertajuk ‘Judge Mohd. Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ bertarikh 20 April 2022 yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

“Sehubungan itu, laporan polis juga dibuat agar siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pejabat berkenaan memandang serius tuduhan dan komen sedemikian serta
mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap Badan Kehakiman bertujuan mengganggu-gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.

“Pejabat ini juga menggesa agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman negara serta memastikan pentadbiran keadilan dapat berjalan dengan baik,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI