fbpx

6,968 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 6,968 kes termasuk 32 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,409,202 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 8,267 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,283,013 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 2,854 kes (40.96 peratus), kategori dua sebanyak 4,083 kes (58.60 peratus), kategori tiga sebanyak 11 kes (0.16 peratus), kategori empat sebanyak lapan kes (0.11 peratus) dan kategori lima 12 kes (0.17 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 31 kes kategori tiga, empat dan lima, empat kes (12.90 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 15 kes (48.39 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 12 kes (38.71 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 15 kes (48.39 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas serta 19 kes (61.29 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 97 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,465 kes serta sebanyak lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,505 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI