fbpx

Jemaah terkejut batu nisan di ruang solat masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu nisan yang dibaling ke ruang solat masjid di Kulim pada awal pagi tadi.

KULIM – Jemaah yang mahu menunaikan solat subuh terkejut apabila menemui batu nisan di ruang solat Masjid Al Itihad di Sungai Kob di sini hari ini.

Batu nisan tersebut ditemui jemaah di saf hadapan ruang solat kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu datang awal untuk melakukan persiapan bagi solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.

“Batu nisan itu ditemui berada di ruang solat dan hasil pemeriksaan mendapati cermin tingkap hadapan masjid pecah. Kita percaya ada individu membaling batu nisan itu ke dalam masjid,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, hasil siasatan mendapati batu nisan itu adalah dari kawasan perkuburan yang terletak bersebelahan.

“Pemeriksaan pada televisyen litar tertutup (CCTV) masjid mendapati terdapat kelibat seorang lelaki tempatan berusia antara 30-an hingga 40-an yang memakai jaket hitam dan berseluar jeans warna biru.

“Kejadian dipercayai berlaku antara  pukul 3 pagi hingga 4 pagi dan motif kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Orang ramai  yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Asnizaf di talian 013-435 8399. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI