fbpx

Pengantin kahwin di lobi ibu pejabat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini tetap meneruskan perkahwinan mereka di lobi Ibu Pejabat Polis Denpasar. – Polis Denpasar

JAKARTA – Seorang lelaki  yang diberkas atas  jenayah berkaitan dadah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di sebuah ibu pejabat polis di Pulau Bali, lapor portal berita Coconuts semalam.

Ketua Polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas mengesahkan perkara itu dan memberitahu, perkahwinan mereka berlangsung di lobi Ibu Pejabat Polis Denpasar.

“Pengantin lelaki itu ditahan bagi kes narkotik. Dia juga telah didakwa oleh pendakwa raya Denpasar,” kata Bambang.

Tambah Bambang, pihaknya membenarkan upacara perkahwinan itu berlangsung kerana ia telah dirancang sebelum pengantin lelaki ditahan tahun lalu.

“Kami memberi kebenaran untuk tahanan melangsungkan perkahwinan kerana ia merupakan haknya. Tahanan dan semua warganegara mempunyai hak untuk berkahwin,” katanya.

Selepas upacara tersebut tamat, tahanan telah dibawa semula ke penjara, manakala pengantin perempuan pulang ke rumah keluarganya.

Lelaki tersebut diberkas pada 3 Disember tahun lalu kerana  memiliki dadah jenis metamfetamin seberat 163 gram dan 30 biji pil khayal. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI