fbpx
Beginilah keadaan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung di kawasan pantai Batu Ferringhi, kelmarin.

Lima jam kutip sampah pengunjung berpesta di Batu Ferringhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Petugas pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terpaksa mengambil tempoh masa  lima jam bagi mengutip, menyapu dan memulihkan kebersihan kawasan pantai di Batu Ferringhi di sini kelmarin.

Ia berikutan kawasan itu dipenuhi sampah sarap akibat perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan MBPP, para petugas pembersihan terkesima apabila melihat keadaan pantai berhampiran hotel Lone Pine dan hotel Golden Sands, di sini yang penuh dengan sampah sarap.

“Masih ramai pengunjung yang tidak bertanggungjawab mengotorkan pantai dengan sengaja membiarkan bekas minuman (botol plastik), pembalut makanan dan sebagainya di kawasan pantai.

“Keadaan luar biasa ini adalah akibat pengunjung yang berpesta tanpa kawalan di tepi pantai kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, sekumpulan warga Myanmar berpesta menyambut perayaan Songkran di pantai tersebut sehingga menyebabkan ia dicemari sampah sarap.

Jelas kenyataan itu lagi, MBPP amat berharap kejadian itu tidak berulang dan menyeru kepada semua pengunjung di kawasan-kawasan pelancongan supaya mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

POPULAR