fbpx

11,233 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11,233 kes sembuh dilaporkan sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 4,249,704 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 6,623 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 42 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 2,768 kes (41.79 peratus), kategori dua sebanyak 3,813 kes (57.58 peratus), kategori tiga sebanyak 15 kes (0.23 peratus), kategori empat sebanyak lapan kes (0.12 peratus) dan kategori lima 19 kes (0.28 peratus).

“Daripada 42 kes kategori tiga, empat dan lima, 11 kes (26.19 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 14 kes (33.33 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 17 kes (40.48 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 25 kes (59.52 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 23 kes (54.76 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 126 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 76 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI