fbpx

Kuala Terengganu antara bandar paling bahagia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuala Terengganu antara bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun lalu.

KUALA TERENGGANU – Kuala Terengganu diiktiraf antara 10 bandar paling bahagia di negara ini pada tahun lalu.

Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Alias Rameli berkata, berdasarkan Indeks Kebahagian Bandar 2021, rata-rata penduduk ibu negeri Terengganu tersebut sangat berpuas hati dengan kualiti hidup mereka.

“Selain Kuala Terengganu, antara bandar lain yang berada dalam ranking 10 paling bahagia di negara ini ialah Putatan, Sabah; Kuala Kangsar dan Taiping, Perak dan Melaka.

“Penilaian dilakukan berdasarkan 14 komponen selaras dengan protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang akhbar sempena penyampaian Anugerah Bandar Bahagia 2021 peringkat Terengganu di sini hari ini.

Selain Kuala Terengganu, tiga daerah lain di negeri ini iaitu Marang, Dungun dan Setiu turut dikategori sebagai bahagia manakala baki tiga pula sederhana bahagia.

Alias berkata, antara kriteria penilaian ialah hubungan dengan jiran dan masyarakat, kemudahan kesihatan serta kualiti pemimpin setempat.

Jelas beliau, persepsi kebahagian adalah subjektif dan harapan masyarakat semi pembandaran seperti Kuala Terengganu berbeza berbanding warga kosmopolitan di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI