fbpx

13 pemandu mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi yang dijalankan JSPT KL pada Sabtu hingga lewat malam tadi. - FOTO: IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seramai 13 lelaki ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, berkata, operasi telah dijalankan di sekitar Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bermula pada Sabtu hingga lewat malam tadi.

“Seramai 13 lelaki tempatan berusia 21 hingga 44 tahun telah ditahan kerana melakukan kesalahan bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol dan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Kita juga telah menahan tiga lelaki kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 16 hingga 26 tahun dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 253 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 12 buah motosikal serta empat buah kereta telah di sita atas pelbagai kesalahan.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan, kesalahan lalu lintas serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau manamana balai Polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI