fbpx

Virus Zika masih berpotensi menyebabkan wabak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI yang dijangkiti Zika semasa dalam kandungan akan dilahirkan cacat dan rosak otak. - EPA

WASHINGTON – Penyelidik kesihatan memberi amaran bahawa penularan baharu berskala wabak bagi virus Zika boleh terjadi hanya dengan satu mutasi varian asal, lapor Badan Penyiaran British.

Penyakit itu menyebabkan situasi kecemasan perubatan global pada 2016 dengan beribu-ribu bayi dilahirkan dengan keadaan rosak otak selepas ibu mereka dijangkiti virus tersebut semasa hamil.

Para saintis Amerika Syarikat (AS) berkata, dunia perlu terus memerhatikan mutasi baharu daripada virus itu.

Laporan penyelidikan dalam jurnal Cell Reports, mencadangkan virus itu boleh beralih dengan mudah dan mencipta varian baharu.

Kajian jangkitan baru-baru ini turut mencadangkan varian tersebut mungkin terbukti berkesan untuk menyebarkan virus walaupun di negara yang telah membina imuniti daripada wabak Zika sebelum ini, kata pasukan dari Institut Imunologi La Jolla.

Pakar berkata, penemuan itu memberi peringatan bahawa virus selain Covid-19 boleh menimbulkan ancaman.

Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti. Serangga tersebut ditemui di seluruh benua Amerika kecuali Kanada dan Chile, di mana ia terlalu sejuk untuk bertahan, selain di seluruh Asia.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan, Profesor Sujan Shresta berkata, varian Zika yang dikenal pasti telah berkembang ke tahap di mana imuniti perlindungan silang yang diberikan oleh jangkitan denggi sebelum ini tidak lagi berkesan ke atas tikus makmal.

“Malangnya jika varian ini menjadi berleluasa,kita mungkin mempunyai isu yang sama dalam kehidupan sebenar,” jelas Sujan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI