fbpx

SASuD tangani masalah banjir di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamani (tengah) ketika sidang akhbar selepas melancarkan sesi townhall hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) bagi menangani masalah banjir d Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad berkata, pelan tersebut akan dilaksanakan bermula tahun ini secara berfasa selama tiga tahun dengan pemfokusan kepada menaik taraf sistem perparitan di beberapa kawasan perumahan.

“Kami mendapati kebanyakan sistem perparitan di daerah ini telah berusia 50 tahun dan tidak mampu menampung kuantiti air yang banyak sekiranya berlaku hujan lebat dalam jangka masa panjang.

“Jadi, MBSA akan menaik taraf sistem perparitan secara tiga fasa, dengan Taman Sri Muda dan Seksyen 13 merupakan dua kawasan yang akan dilaksanakan kerja naik taraf ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sesi Town Hall SASuD di Hotel Mardhiyyah, di sini, hari ini.

Beliau menambah, bagi melengkapi kerja-kerja perparitan itu, SASuD turut akan merangkumi menaik taraf kolam takungan, penyediaan struktur tebatan banjir, membina sistem ramalan dan pemantauan banjir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI