fbpx
KAJIAN mendapati remaja yang tinggal bersama ibu atau bapa tunggal lebih cenderung melakukan jenayah termasuk menconteng tempat awam dan merompak. – Mike_shots/ Shutterstock

Remaja tinggal bersama ibu, bapa tunggal lebih cenderung lakukan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM, SWEDEN – Satu kajian baharu mendapati bahawa remaja yang menetap bersama salah seorang ibu atau bapa cenderung menunjukkan tingkah laku delinkuen atau kecenderungan melakukan jenayah walaupun ibu bapa tiri tinggal serumah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ahli akademik di Sweden membuat tinjauan terhadap remaja berusia 14 hingga 15 tahun dalam pelbagai aturan hidup termasuk yang tinggal bersama kedua ibu bapa, ibu bapa tunggal dan ibu bapa tiri.

Sebilangan remaja tersebut dilaporkan telah melakukan pelbagai kesalahan bermula daripada menconteng tempat awam sehingga merompak serta membawa pisau sebagai senjata.

Remaja yang tinggal bersama ibu bapa tunggal atau ibu bapa tiri dilihat melakukan lebih banyak kesalahan berbanding mereka yang tinggal bersama kedua-dua ibu bapa.

Penulisan kajian tersebut bagaimanapun menekankan bahawa jika seseorang remaja tinggal hanya bersama salah seorang ibu bapa kandung, mereka tidak semestinya mempunyai tingkah laku delinkuen.

Penyelidikan lanjutan mungkin diperlukan kerana pasukan penyelidik tersebut hanya melakukan kajian terhadap remaja dalam lingkungan usia yang agak sempit.

Kajian itu diterbitkan minggu ini dalam jurnal akses terbuka PLOS One. – Agensi

POPULAR