fbpx

Fahmi Reza ditahan berhubung karikatur monyet seragam istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Jalil (kiri) dan Fahmi Reza.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sudah ditahan hari ini berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di laman Facebooknya semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Fahmi ditahan di Dang Wangi dan permohonan perintah reman akan dilakukan di mahkamah esok.

“Hantaran tersebut telah mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan dikongsi 966 kali sejak dimuat naik dan telah mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5) dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

PDRM turut menasihatkan orang ramai agat cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh Institusi Diraja serta sensitiviti agama dan kaum

Ujar Abd Jalil lagi, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI