fbpx

Lelaki maut jatuh tingkat 6 IDCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 56 tahun maut selepas pecah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tinggal di Kuala Lumpur dan datang ke lokasi tersebut disyaki bagi mencari tempat yang tinggi.

Katanya, mangsa dipercayai terjun dengan memijak bonet hadapan keretanya untuk terjun dari tingkat enam bangunan IDCC tersebut.

“Ini menyebabkan mangsa pecah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pihak forensik mengesahkan tiada sebarang pergelutan dan kecederaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menyalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhammad Nor di talian 03-55202222.

“Kes diklasifikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI