fbpx

Korea Utara letupkan resort Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jong-un dilaporkan tidak berpuas hati dengan keadaan Hotel Haegumgang yang dibina oleh Korea Selatan. – Google/Daily Mail

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang  yang sebelum ini menjadi  simbol keamanan antara Korea Utara dan Korea Selatan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Gambar-gambar satelit menunjukkan resort pelancongan dinamakan Hotel Haegumgang bernilai AS$75 juta (RM317 juta) itu dimusnahkan pada  hujung minggu lalu.

“Tindakan secara unilateral untuk memusnahkan hotel itu jelas bertentangan dengan matlamat  usaha sama antara dua Korea berdasarkan rasa hormat dan dialog,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Cha Deok-cheol.

Resort  yang dibina di kawasan Pergunungan Berlian pada ketinggian 1,637 meter itu terletak hampir 50 kilometer dari sempadan Korea Selatan. Pembinaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif  persahabatan dengan Korea Utara yang  dinamakan  Dasar Sinar Matahari  pada tahun 1998.

Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung melaksanakan dasar itu untuk ‘melembutkan’ pendirian  Korea Utara terhadap negaranya menerusi bantuan ekonomi kepada Pyongyang di samping  menggalakkan interaksi dua hala.

Sejak dari itu, berpuluh-puluh ribu pelancong Korea Selatan berkunjung ke kawasan pergunungan tersebut. Mereka digalakkan untuk menggunakan mata wang asing,  namun dilarang daripada berkomunikasi dengan penduduk Korea Utara.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bagaimanapun dalam lawatannya ke resort berkenaan  pada Oktober 2019 mengarahkan Hotel Haegumgang  dimusnahkan dan diganti kerana dianggap  amat mundur.

“Jong-un mengarahkan  semua struktur dan fasiliti tidak cantik  yang dibina oleh Korea Selatan dimusnahkan serta diganti dengan kemudahan baharu  lebih moden mengikut acuan Korea Utara,” demikian menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA.

Jong-un juga dilaporkan berkata bahawa ia merupakan idea yang salah untuk menganggap Gunung Kumgang sebagai simbol hubungan antara kedua-dua negara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI