fbpx

29 cedera terkena tembakan rambang di Brooklyn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan huru-hara di stesen kereta api bawah tanah Brooklyn selepas kejadian tembakan rambang awal pagi semalam. - Armen Armenian

BANDAR RAYA NEW YORK – Seramai 29 penumpang di Brooklyn, New York mengalami kecederaan selepas seorang suspek melepaskan tembakan rambang dan melemparkan silinder berisi gas dalam sebuah kereta api bawah tanah, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Insiden tersebut berlaku di stesen kereta api bawah tanah 36th Street di Sunset Park, Brooklyn awal pagi Selasa.

Jabatan Polis New York (NYPD) kini sedang mengesan suspek lelaki kulit hitam dengan ketinggian 165 sentimeter, berbadan tegap, memakai topeng, jaket pembinaan hijau dan baju sejuk berwarna kelabu.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, polis memburu seorang lelaki bernama Frank R James, 62, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan tersebut.

Menurut NYPD, kejadian itu belum disiasat sebagai tindakan keganasan setakat ini.

Pesuruhjaya Polis New York, Keechant Sewell berkata, ketika kereta api masuk ke stesen, suspek memakai topeng gas, mengeluarkan silinder gas dari beg miliknya dan mula menembak ketika kereta itu dipenuhi asap.

“Suspek melepaskan tembakan rambang ketika asap gas memenuhi gerabak sebelum melarikan diri ketika kereta api berhenti di stesen,” kata Sewell.

Gabenor New York, Kathy Hochul berkata, kejadian itu dianggap sebagai situasi penembak aktif di seluruh bandar.

Dalam 29 mangsa, 10 daripadanya ialah mangsa tembakan. Lima mangsa disenaraikan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu pistol separa automatik Glock dan beg seperti tote dengan kapak, penyembur lada, dua tong gas dan bom tangan asap ditemui di stesen kereta api bawah tanah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI