fbpx

Menanti ‘wedding of the year’ Alia, Ranbir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARI perkahwinan Alia dan Ranbir akan berlangsung pada 15 April nanti.

SELEPAS empat tahun menjadi pasangan kekasih, pelakon terkenal Bollywood Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt bakal melangsungkan perkahwinan pada April nanti.

Berita gembira itu sekali gus menjawab persoalan tentang tarikh majlis perkahwinan mereka yang dikatakan akan berlangsung hujung bulan ini.

Memetik laporan PinkVilla.com, majlis penyatuan Ranbir dan Alia akan diraikan selama empat hari bermula pada 13 April nanti.

“Tarikh perkahwinan mereka telah pun ditetapkan iaitu pada 13 April sehingga 17 April 2022,” ujar sumber terdekat mewakili pengantin.

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibuat lebih awal daripada tarikh sebenar yang telah dirancang, memandangkan keadaan kesihatan nenek Alia yang tidak mengizinkan.

Acara perkahwinan tersebut hanya akan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua belah pengantin. Pasangan popular itu juga akan melangsungkan sebuah majlis resepsi di Taj Mahal pada 17 April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI