fbpx
JAKET kulit dengan skirt labuh menyerlahkan personaliti serta memberi impak memikat pada gaya seseorang.

Gaya trendy jaket kulit serlah penampilan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKET kulit adalah keperluan penting bagi menyuntik gaya urban pada penampilan yang biasa.

Seharusnya peminat fesyen memiliki paling kurang sehelai jaket kulit dalam almari mereka.

Pada musim ini, terdapat pelbagai variasi jaket kulit di pasaran termasuk gaya saiz besar, bercetak atau bersulam serta perincian lain yang lebih unik serta kontemporari.

Jaket kulit cukup istimewa kerana ia boleh memberi transformasi mudah pada gaya anda pada pelbagai waktu dan acara.

Ia menyuntik elemen segar, berani dan urban pada gaya sederhana.

Jaket kulit cukup versatil serta hebat digayakan untuk hari bekerja dan juga berlibur di hujung minggu.

Ia juga hebat untuk gaya kasual, kemas, profesional dan canggih.

Segalanya bergantung pada inspirasi, imaginasi serta eksperimentasi bagi mendapatkan gaya paling sesuai dengan cita rasa individualiti anda.

Justeru, jaket kulit dapat digunakan untuk pelbagai acara penting dalam hidup anda.

1. Santai hujung mingggu

Dapatkan jaket kulit yang mempunyai kelainan dari segi rona dan reka corak.

Anda boleh menggayakan jaket kulit klasik dengan cara lebih ceria dan lain daripada kebiasaan.

Ini juga waktu yang paling sesuai untuk memakai padanan jaket kulit dan gaun, blaus, top atau skirt dalam reka corak flora rona terang atau fabrik renda.

Gayakan jaket kulit dengan menggantungkannya dibahu serta dipadankan dengan gaun pendek dan kasut tumit tinggi.

2. Elemen kontras

Jika ada memakai gaun atau skirt yang mengikut bentuk tubuh, pilihlah jaket kulit yang bersaiz besar untuk elemen kontras yang cukup menarik dan cool.

Gayakan jaket kulit hitam bersaiz besar dan jean untuk gaya santai, edgy serta selesa digayakan dari pagi hingga ke malam.

Jaket kulit boleh memberi mesej bahawa anda adalah seorang yang cukup yakin dengan penampilan sendiri.

Dari segi padanan, pilih gaya yang paling anda selesa dan reka bentuk pakaian yang dapat menyerlahkan personaliti serta memberi impak memikat serta positif.

3. Acara formal

Gabungan pakaian formal dan jaket kulit sememangnya membawa kelainan yang tidak dijangka.

Dapatkan jaket kulit potongan cropped yang dipadankan dengan gaun.

Lebih hebat jika anda gayakan jaket kulit dan gaun dalam rona senada.

Kontras dalam bentuk dan tekstur pada penampilan pakaian pasti menjadikan anda tumpuan di majlis atau acara tersebut.


PADANAN jaket kulit dengan dress bercorak sesuai untuk acara santai di hujung minggu.

4. Pejabat

Bergantung kepada tempat anda bekerja, mungkin ada yang beranggapan jaket kulit agak sedikit kasual dan tidak sesuai untuk dipakai ke pejabat.

Tetapi bagi anda yang masih mahu mencuba, dicadangkan untuk memilih jaket kulit yang sedikit mengikut bentuk badan (slim cut) dan fabrik kulit yang ringan.

Padanan jaket kulit dengan kemeja putih dan seluar atau skirt potongan pensel, pasti memberi penampilan keseluruhan yang cukup bergaya.

Apa yang pasti, jaket kulit adalah alternatif menarik bagi blazer yang selalu anda gayakan.

5. Gaya selebriti

Selebriti seperti Kate Moss, Rihanna dan Beyonce mungkin mempunyai cita rasa gaya yang berbeza, tetapi yang pasti, mereka semua punyai persamaan dalam memahami kehebatan atau kuasa gaya jaket kulit klasik.

Selebriti-selebriti ini sering dilihat menggayakan jaket kulit dalam penampilan gaya jalanan mereka.

Kunci utama dalam gaya ini adalah elemen kontras dalam pemilihan pakaian.

Sebagai contoh, jaket kulit bersaiz besar digabungkan dengan siluet feminin atau padanan potongan minimal dan mengikut bentuk badan, hebat digayakan dengan pakaian inspirasi maskulin seperti seluar potongan aliran terkini.

Selain padanan jaket kulit dan gaun, gayakannya dengan seluar kulit untuk gaya edgy.

Untuk kelihatan stylish aliran gaya terkini, padankan jaket kulit saiz besar dengan seluar potongan besar dan anting-anting gelung (hoop).

POPULAR