fbpx

KTMB sedia 100,000 tiket sempena Aidilftri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan kira-kira 100,000 tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi tarikh 23 April hingga 8 Mei sempena Aildilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, jualan tiket itu membabitkan 32 perkhidmatan ETS serta 22 perkhidmatan KTM Intercity.

Beliau berkata, sehingga 7 April lalu, hampir 40 peratus tiket telah terjual bagi tempoh 23 April hingga 8 Mei .

“Untuk makluman, tiket perjalanan pada tarikh 29 April hingga 1 Mei bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar telah habis dijual.

“Sekiranya jualan tiket menunjukkan trend memberangsangkan, KTMB akan mempertimbangkan untuk menyediakan tren tambahan untuk laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zain berkata, pihaknya juga membuat penambahan perkhidmatan tren ‘Shuttle Timuran’ bagi laluan Gemas-Kuala Lipis-Gemas daripada dua kepada empat perkhidmatan sehari bermula 18 April depan.

Justeru katanya, pelanggan dinasihatkan supaya membeli tiket segera bagi menikmati kadar tambang murah di samping dapat membuat pilihan tempat duduk.

Untuk pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI