fbpx

Selepas 20 tahun, Jennifer Lopez, Affleck kembali bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS hampir 20 tahun membatalkan perkahwinan mereka, jodoh antara pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affeck ternyata kuat apabila kembali mengikat tali pertunangan.

Jennifer atau nama sebenarnya, Jennifer Lynn Lopez mengumumkan bahawa sudah bertunang dengan Ben buat kali kedua dan menunjukkan cincin pertunangan mereka menerusi laman web rasminya, OnTheJLo.

Video pendek tersebut menyaksikan JLo berkongsi klip dirinya disarungkan cincin permata warna hijau di jarinya sebagai simbolik pertunangan dengan aktor itu.

Menerusi video sama, pelantun lagu On The Floor itu menangis dan mengelap air matanya serata berkata: “Anda sangat sempurna (ditujukan buat Ben).”

Terdahulu, JLo menerusi Twitter menyarakan para peminatnya melanggan laman web rasminya dan memberi bayaran bahawa ada berita bahagia ingin dikongsikan kepada umum.

Pengumuman bahagia tersebut dibuat selepas hampir setahun desas-desus hubungan asmara antara dirinya dan Ben atau nama sebenarnya, Benjamin Géza Affleck-Bold menjadi perbualan orang ramai.

JLo dan Ben mula berpacaran 20 tahun lalu dan mengumumkan pertunangan mereka pada November tahun yang sama.

Pasangan selebriti tersebut sepatutnya berkahwin beberapa hari sebelum hari bahagia mereka namun pada Januari 2004, mereka memutuskan tali pertunangan.

Tiga hari selepas putus tunang, JLo mengejutkan orang ramai apabila mula menjalin hubungan dengan penyanyi, Marc Anthony dan berkahwin pada Jun 2004.

JLo mengesahkan kembali bercinta dengan Ben pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-52 tahun lalu dengan berkongsi sekeping foto dirinya mengucup bibir aktor tampan itu di atas kapal layar mewah.

“Tak boleh digambarkan benda begini boleh terjadi. Satu perkara yang sangat indah,” dedah JLo dalam rancangan bual bicara, Ellen DeGeneres tentang hubungannya dan Ben.

Sebelum ini, Ben pernah berkahwin dengan aktres Jennifer Garner  dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Violet, 16, Seraphina, 13, dan Samuel, 10. Mereka bercerai pada 2018 selepas 13 tahun melayari bahtera perkahwinan.

JLo pula pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Marc (2004 – 2014), Ojani Noa (1997 – 1998) dan Ceris Judd (2001 – 2003). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI