fbpx

Dua remaja merempit waktu solat tarawih ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat dua remaja lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Gara-gara berlumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu umat Islam sedang bersolat tarawih, dua pelajar sekolah ditahan polis di Kampung Padang Kemunting di sini malam tadi.

Remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan sepasukan polis yang sedang melakukan pemantauan pada pukul 9.06 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintenden Ismail Man berkata, sebelum ditahan, dua pelajar terbabit dilihat berlumba sesama sendiri sambil menundukkan kepala selain menunggang secara zig-zag sejauh 700 meter menghala ke Kampung Padang Kemunting.

“Mereka kemudian telah diekori anggota polis bertugas sebelum ditahan selepas kedua-dua remaja itu berhenti di sebuah balai raya di kampung berkenaan.

“Dua remaja itu telah ditahan sebelum mereka dan motosikal Honda EX5 masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ismail berkata, kedua-dua remaja lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI