fbpx

Dari kecil Zahirah Macwilson dah cantik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECANTIKAN dimiliki Zahirah ketika kecil tidak berubah sehingga kini.

BARU-BARU ini pelakon Zahirah Macwilson ada memuat naik sebuah videonya ketika zaman kanak-kanak dalam Instagram.

Apa yang menjadi perhatian, dari kecil lagi Zahirah sudah kelihatan jelita. Sedangkan usianya ketika itu masih lagi kanak-kanak.

Dalam video tersebut, Zahirah memakai baju kebaya labuh berwarna biru berserta sehelai selendang berona putih.

Selain terpesona dengan kecantikan dimiliki pelakon itu, Diva juga kagum dengan kepetahan Zahirah bertutur bahasa Inggeris bersama ibunya. Maklumlah, sejak kecil lagi Zahirah sudah dibesarkan di Australia.

Rata-rata pengikutnya dalam Instagram memuji kecantikan yang dimiliki Zahirah sejak kecil. Memang tidak berubah langsung wajahnya sehingga kini walaupun selepas bergelar seorang ibu.

“Memang dari kecil dah cantik ya?” komen seorang peminatnya.

“Dari kecil memang suka senyum. Gigi putih. Cantiknya Zahirah!” komen seorang lagi netizen.

“Wajah awak langsung tidak berubah!” kata seorang pengikutnya.

DIVA: Dengarnya Uyaina alami alahan teruk ketika hamil. Bersabarlah wahai bakal ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI